minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Alamat Madey Mati Beragan

Sasau Madey, dek penangan Lunas. Bangkai gajah tidak boleh ditudung dengan nyiru. Segala kebusukan yang dilakukannya dulu, kini benar-benar sudah mencucuk hidung seluruh penghuni alam. Kemana lagi muka Madey nak sorok? Dengan apa lagi dia hendak berdalih? Semuanya sudah diulang-tayang......Kalau dulu dia asyik mencerca Tunku Abd Rahman dengan surat layang, pentadbiran yang lemah, kroni, dan tragedi 13 Mei. Kini rakyat sudah lihat bahawa dialah bapak penganjur surat layang, segala fitnah. Raja segala kroni, kepala segala rasuah ..pentadbiran yang simpang-perenang dan peniup unggul api perkauman. Semua itu dulu, rupa-rupanya diusahakan untuk mempercepatkan kuasa jatuh ke tangannya dan hari ini segalanya dilakon dan diperhebatkan semula demi menyelamatkan kuasanya yang kian hancur.

Madey kini dilihat bukan lagi sebagai PIEM yang berwibawa tetapi seorang kaki pemutar yang siang malam kerjanya memutar minda rakyat. Apa Madey ingat kepala rakyat ini macam gasing ke, boleh diligat, diperlahan dan dimatikan mengikut sesuka hatinya? Kalau 20 tahun dulu mungkin, tapi sekarang kalau pun Madey masih menganggap rakyat macam gasing...gasing itu sudah mempunyai paksi tajam yang berpusing di atas pusaran yang tetap dan jitu, bukan lagi gasing kayu tetapi gasing besi, silap-silap lontar tali yang digunakan untuk melontar itu putus dan gasing itu terpantul balik di muka Madey. Madey akan terus lemas dalam 'tornado' ligatan gasing ciptaannya.

Dalam mencari punca kecundang di Lunas, Madey dan UMNO Baru-a/BN sibuk membuat post-mortem. Any damn-fool tahu punca kekalahan itu tanpa dibuat bedah-siasat. Walau dibedah, disiat-siat hingga berkecai, ditumbuk-lumat seluruh jasad UMNO Baru-a/BN, namun mereka akan dapati tidak lain tidak bukan kekalahan itu adalah berpunca dari Madey sendiri. Jadi Madey nak berdalih macam mana lagi? Ada desus-desas mengatakan di antara sebab Madey tidak turun ke Lunas.. kerana takut jadi seperti Joe Fernandez... sejauh mana kebenarannya hanya ALLAH dan Madey saja yang tahu. Namun pada hakikatnya, seorang pemimpin yang telus, bersih, jujur dan ikhlas mampu meraih kasih sayang dan tidak akan bimbang atau curiga bila berhadapan dengan rakyat jelata.

Dalam keadaan masih meneruskan agenda 'ter'-nya..tertinggi, tercanggih, terbesar, termahal, Madey mula pula mengenalkan satu lagi agenda meganya iaitu yang 'per'....Kalau agenda 'ter' itu banyak melangsaikan wang dan khazanah rakyat, tapi kali ini dalam episode 'per'-nya, dia menggunakan kaum wanita pula. Maka wujudlah...

    a) Zetty Akhtar wanita 'per'tama menjadi Gabenor Bank Negara.
    b) Datuk Ainum wanita 'per'tama menjadi Peguam Negara.
    c) Azlina Othman..kepala Puteri UMNO Baru-a yang 'per'tama.

Dan jangan lupa... mereka ini dilantik sesudah Madey melihat betapa berjayanya peranan yang dimainkan oleh seorang lagi rakan mereka, yang keterreraannya sukar ditandingi oleh sesiapa, kerana memegang dua title 'per' sekaligus. Maka itulah dia...

    d) Umi Hafilda :

  • Sebagai 'betina' 'per'tama menjadi Pememfitnah negara. 

  • Betina 'per'tama yang menjadi penyelamat 'kuasa' Perdana Menteri Tua.

Di antara wanita-wanita ini, Umi Hafildalah dikira paling berjasa, kerana di sebalik buntutnyalah Madey berselindung, menghujah fitnah, terhadap Bekas Timbalannya DS Anwar Ibrahim. Kalau tidak, masakan Dollah Badawi terhegeh-hegeh menyambut Umi Hafilda, dalam suatu jamuan AidilFitri yang diadakannya dulu? Masakan muka Umi Hafilda duduk sebaris di antara baris terdepan dengan pemimpin-pemimpin wanita UMNO Baru-a dalam perhimpunan mereka baru-baru ini?

Dalam mengekalkan kuasanya, Madey tidak teragak-agak menggunakan siapa saja. Dia sanggup berselindung di sebalik sesiapa saja hatta di dalam kain seorang pelacur murahan demi menyelamatkan dirinya. Tidak kira, kecil-besar, tua-muda, jantan-betina. Cina, India, Kadazan hatta orang Asli..Malayu jangan kiralah, memang itu ulamnya. Dari Ulama {UMNO Baru-a}, Hakim, Padri, Tok-Tok Sami hinggalah kepada pelacur murahan semuanya menjadi hamba dan bahan experimentnya bagi memantapkan kedudukannya sebagai Maharaja yang tidak bergelar itu.

Jadi tidak hairanlah kali ini dia menukar strateginya menggunakan kaum Hawa, secara full-force, untuk agenda 'per'-nya itu, sebagai benteng untuk melindungi segala kebusukan, kelemahan, tingkah-laku keparat dan kebajingannya itu dari mata rakyat dan setelah juak-juak jantannya hilang tenaga dan tidak bermaya lagi untuk melawan arus kebangkitan rakyat dan ahli UMNO Baru-a/BNnya sendiri.

Selain dari itu, apakah lagi yang tersadek di dalam kalbu Madey? Adakan negara ini sudah hendak dijadikan Lembah Amazon yang suatu masa dulu mengikut ceritanya dikuasai oleh wanita, di mana kaum Adam akan diperintah seperti hamba? Boleh jadi, kerana Madey sendiri mengakui bahawa kaum lelaki pemalas, asyik nak berdemo sahaja. Atau Madey sendiri sudah selesa dalam 'ZON' wanita 'per'tamanya, menyebabkannya biol maka dia berbuat demikian? Jangan terperanjat pula, mungkin sedikit hari lagi timbul pula perlantikan 'mufti dan Imam' wanita 'per'tama dengan alasan mufti dan Imam yang ada ini malas mentafsir semula Al Quran, asyik berceramah saja...siapa tahu? Hidup dalam dunia Madey ini, macam-macam keajaiban boleh terjadi dan bermacam-macam kesengsaraan yang tidak terduga boleh dirasai...

Atau.....mungkin juga Madey sedang menyediakan suatu suasana selesa...dimana seorang RATU akan dilantik, mentadbir Lembah Amazon ciptaannya yang terkini, menggantikan tempatnya apabila dia sudah 'tiada' lagi bagi menjamin keluarga dan kroni-kroninya selamat? Dan siapakah sang RATU ini? Adakah si Celupar, Ratu Saham yang masyhur itu? Dalam Boleh Land semuanya bukan mustahil! Semuanya bisa berlaku.

Madey juga sudah membaca bahawa sebuah parti yang dipimpin oleh seorang wanita. Parti KeADILan, telah berjaya menewaskannya di Lunas baru-baru ini. Maka dia akan menggunakan wanita juga untuk menumpaskan parti musuh ketatnya itu. Sama seperti Yahudi di Palestine, menggunakan orang Arab Arafat, untuk membunuh Arab Intifadhah.

Madey juga faham bahawa undi kaum wanita adalah melebihi lelaki. Untuk menawan pengundi-pengundi ini, dia mula menonjolkan agenda 'wanita 'per'tamanya itu dengan harapan wanita akan kembali menyokong UMNO Baru-a. Tetapi Madey lupa, wanita yang macam mana yang diterima oleh rakyat khasnya kaum wanita...iaitu wanita solehah, berilmu dan berhemah tinggi yang sudah tentunya tidak diketemui di dalam parti UMNO Baru-anya. Rakyat tidak akan menerima wanita sembarangan untuk menjadi pemimpin...jauh sekali wanita ranggi dan berhaluan songsang macam yang berlambak dalam UMNO Baru-a itu. Jadi, kalaulah projek 'per' ini bertujuan melemahkan parti KeADILan, Madey akan pana dalam angan-angan, alamat mati beragan-lah jawabnya.

Dalam usaha menongkah arus yang amat deras, Madey bukan saja menggunakan boat yang berenjin, malah dia juga menggunakan dayung dan galah panjang bagi mencapai hasratnya untuk sampai ke puncak air meleleh. Oleh itu walau pun juak-juak jantannya sudah tidak bermaya namun dipacunya juga agar mereka terus bekerja keras menyamai rakan-rakan wanita mereka yang lain. Itulah sebabnya sekarang ini kita lihat Pemuda UMNO Baru-a dan GPMS bersahut-sahutan mengenai isu Suqiu, mengalahkan kera dan lotong di hutan. Sesungguhnya isu Suqiu ini mempamerkan kerendahan akhlak dan budi serta membolehkan seseorang itu membaca betapa ceteknya mentaliti orang Melayu UMNO Baru-a dan GPMS.

Muka Madey sebenarnya sudah 'bera', 'kejamal' (tergamam) kerana caught red-handed  menipu, dengan tertangkapnya pengundi-pengundi hantu di Lunas dulu. Seluruh rakyat hatta dunia sudah tau akan perbuatannya ini. Seluruh alam sudah tahu dia seorang penipu dan tidak lagi boleh dipercayai. Lagi pun kekalahannya di Lunas tempuh hari, sememangnya suatu 'penampar laju' dan 'pelempang hebat' rakyat... pelepuk... ke atas batang hidungnya, lantas menyebabkan takhta PIEM yang didudukinya terumbang-ambing, bergoyang yang menyebabkan dia kini pening kesewelan. Untuk menutup kes penipuannya itu, dia cuba mencurah petrol ke atas bara perkauman melalui puntung yang sudah di curah air sebelumnya...Suqiu, dengan harapan akan terus menyala, membakar Lalang ke dua dan sekaligus mengukuhkan kuasanya, mungkin melalui MAGERAN. Tapi apa yang kelihatan kini, puntung itu hanya mengeluarkan asap busuknya tetapi tidak mampu bernyala...dan sekali lagi dijangkakan Madey akan mati beragan....

Sebelum ini telah banyak ulasan yang dibuat oleh penulis siber tentang apa sebenar yang mahu diraih atau pun diselindung oleh Madey melalui jerit-pekek barua-baruanya dengan isu Suqiu. Begitu juga tentang isi kandungan sebenar Suqiu itu. Hari ini satu persatu tembelang, pembohongan dan pembelotan mega Madey dapat dilihat oleh rakyat dengan terang dan nyata. Makin peninglah Madey nampaknya.

Kini, di ambang kuasanya yang kian rapuh, Madey masih lagi cuba mengigit rakyat dengan taringnya yang sudah tumpul dengan menangkap beberapa pemimpin BA sebagai membalas dendam di atas terbongkar segala rahsianya menipu itu. Dan itulah juga salah satu caranya dia mencekik wang rakyat dengan menangkap dan mengenakan 'ikat-jamin' yang tinggi di atas suatu tindakan yang 'benar dan mulia' tetapi dikatakan 'salah' oleh Madey dan regimnya.

Inilah seorang Perdana Menteri yang tidak bermaruah dan bacul. Sepatutnya dia malu dan menunjukkan contoh yang baik serta sikap bertanggungjawab dengan meletak jawatan seperti PIEM-PIEM di negara lain. Tetapi tidak dengan PIEM Mamak Tua ini. Dia masih memaksa rakyat menerimanya dengan menyurung mukanya yang tebal, dimana 'he is not wanted any more'.

Telah dikatakan tadi, mungkin sekarang dia cuba mencari peluang untuk menggunakan 'trump-card'nya yang terakhir iaitu MAGERAN melalui isu perkauman 'jadi-jadian'. Kita hendak memetik apa yang telah di war-warkan oleh pemuda UMNO Baru-anya, Mamak Aziz Sheikh Fadhil iaitu 'sarang tebuan jangan dijolok'. Sebenarnya peribahasa ini sudah tersalah tuju. Ia tidak sesuai ditujukan kepada kumpulan yang merayu...Suqiu, tetapi sebaliknya amat tepat jika Aziz S.F melemparkan peribahasa itu terus kemuka bossnya...Madey. Tapi beranikah dia melakukannya? Kalau dilihat bagaimana berani dan garangnya dia 'menonyeh' Cina Suqiu dulu, rasa-rasanya tiada masalah...he..he..he. [berkerut kening dan juling biji mata dibuatanya]

Selama ini rakyat berhimpun, menuntut keadilan dan hak mereka seperti yang termaktub dalam perlembagaan, dengan aman dan penuh disiplin. Walau pun dibelasah, di sumbat dengan gas, dimandikan dengan air asid atau dibogelkan sesuka hati, namun mereka tidak melawan. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu mencetuskan huru-hara, mereka tidak mahu negara ini di MAGERANkan. Andai kata wadah MAGERAN yang diidam-idamkankan oleh Madey itu dihidangkan juga kepada rakyat, dikhuatiri nanti, kemungkinan besar dengan sendirinya teradunlah INTIFADHAH, juadah impian Dollah Bad itu. Bila kedua-dua ini sudah terhidang...alamat makan tak habis.

Kalau di tahun 69 dulu kepala MAGERAN itu berfungsi sebagai pendamai di antara Cina dan Melayu...tetapi tahun 2000 ini 'angin sudah beralih arah'...kemungkinan besar kepala MAGERAN itu pula akan pepes diuli dan dicanai sebagai bahan pengadun juadah Intifadhah oleh chef-chef yang bermata sepet dan berkulit sawo matang atau pun hitam. Siapakah kali ini yang mati beragan? Tentunya Madey kerana 'trump-card'nya sudah hancus terbalik-court.

Kesimpulannya...apabila MAGERAN dipaksa juga ke atas rakyat..dan semua pemimpin mereka yang tidak berdosa ditangkap dengan sewenang-wenangnya, maka rakyat akan berkata....'tunggu apa lagi? After all we've nothing to lose!! It's now or never!' na'uzubillahiminzalik!

Jadi memang betul sangatlah kata-kata naib ketua pemuda UMNO Baru-a itu...Sarang tebuan jangan dijolok, dan disambung lagi... nahas jangan dicari, bala jangan diundang...jangan bermain api!! panasss.. nanti hangus oooo.

Akhir kata di hari baik bulan baik ini eloklah puak-puak UMNO Baru-a, mententeramkan jiwa dan minda mereka yang parah, gelisah dan keresahan itu, dengan banyak bertakbir dan bertahmid. Semoga cahaya keimanan dan kemanusiaan yang luhur menjelma kembali dalam roh dan jasad mereka semua. Semoga segala kesewelan yang melanda orang Melayu dan Mamak UMNO Baru-a dapat disembuh dan digantikan oleh ALLAH dengan kewarasan.

Kepada Madey...Jadilah bulan Ramadhan dan Syawal ini sebagai pembuka kata, berbaik sangka dan menjalin kembali silaturrahim dan tali keinsanan sesama manusia, yang sekian lama musnah akibat tewas oleh tuntutan nafsu dan gejala syaitan yang durjana.. Be a man of dignity. Selagi anda bernyawa, selagi anda ikhlas dan benar-benar jujur... sesungguhnya perkataan 'sudah terlambat itu' tidak ada dalam kamus hidup ini.


Tun Teja
28 Ramadhan 1421

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter